Tips Mencuci Tuala Agar Bersih Dan Lembut

 

Setiap orang menggunakan tuala dalam kehidupan seharian. Tapi adakah anda perasan, adakalanya tuala yang kita gunakan untuk mengelap betul-betul bersih? Ada tidak bau yang kurang selesa. Bau hapak. Terdapat pelbagai punca tuala anda berbau hapak. Antaranya mungkin disebabkan penggunaan sabun yang berlebihan dan lama-kelamaan boleh menyebabkan pengumpulan sabun dalam fabrik tuala itu. Selain itu, penggunaan pelembut fabrik yang berlebihan juga boleh terkumpul dalam fabrik tuala juga menyebabkan tuala berbau. Kulat serta bintik-bintik hitam yang melekat pada tuala juga punca tuala mudah berbau hapak dan mudah reput.

Terdapat pelbagai cara untuk membantu tuala kita lebih bersih dan kekal lembut selepas dicuci. Kali ini kami akan berkongsi tips penjagaan tuala dengan menggunakan CUKA.

 

Apakah fungsi cuka?

Cuka ialah bahan yang boleh dikatakan penting dalam isu penjagaan kebersihan harian.Cuka putih mampu membunuh bakteria dan memastikan mesin basuh anda sentiasa cantik dan bersih. Ia juga hebat dalam melembutkan fabrik juga terutamanya tuala. Tuala akan lebih cantik dan lembut.Selain itu, cuka juga boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran degil pada tuala dan menyegarkannya. Cuka mempunyai keasidan yang tinggi dan ianya boleh melarutkan kotoran dan mendapan mineral yang mungkin terdapat pada tuala anda. Terlalu sukar untuk kita menilai berapa banyak sabun yang perlu digunakan semasa membasuh tuala. Jika anda kerap menggunakan terlalu banyak sabun dalam basuhan anda, anda akan mendapati bahawa ia menyebabkan tuala kehilangan kelembutannya akibat sisa sabun lama yang melekat pada tuala anda. Menambah cuka pada basuhan anda atau mencuci tuala anda hanya dengan cuka dan air, boleh mengembalikannya kepada kelembutan asalnya. Perlu juga diingatkan, tuala baru hendaklah dicuci sebelum anda menggunakannya buat kali pertama supaya anda boleh mengeluarkan filem dan menyingkirkan habuk dan serpihan akibat daripada proses pembuatannya.

 

Bagaimana cara untuk membasuh tuala anda dengan cuka?

Langkah 1 – Basuh tuala anda dengan satu cawan cuka sahaja. Caranya masukkan cuka ke dalam mesin basuh anda. Jangan membasuh terlalu banyak dalam mesin basuh. Tuala memerlukan ruang untuk bergolak dengan bebas supaya mesin anda boleh mencuci dan membilas dengan lebih berkesan. Seeloknya menggunakan air panas atau suam dalam basuhan itu sehingga proses selesai. Cucian tanpa meletakkan sabun pencuci.

Langkah 2 – Siap dan sedia untuk dikeringkan. Sebaiknya tuala hendaklah dijemur dibawah matahari. Gantungkan tuala anda berasingan supaya tidak bertindih. Dengan cara itu tuala lebih cepat kerning.Setelah kering perhatikan tuala anda akan  lebih lembut bersiah segar dan tidak berbau hapak.

 

Bagaimana hendak membasuh tuala dengan menggunakan cuka dan sabun pencuci?
Cuka putih suling ditambah dengan sabun adalah sangat baik. Tetapi letakkan sabun pencuci dengan jumlah yang sangat kecil. Anda boleh meletakkan sabun pencuci di proses cucian pertama  dan tambah cuka pada proses bilasan. Letakkan cuka pada petak pelembut fabrik. Cuka sangat bagus untuk membunuh bakteria dan secara semula jadi melembutkan serat.

 

Berapa kerap anda perlu mencuci tuala anda dengan cuka?

Anda boleh melakukan ini setiap empat hingga enam minggu sekali. Walau bagaimanapun anda boleh menambah suku cawan cuka pada petak pelembut kain setiap kali anda mencuci. Cuka secara semula jadi antibakteria dan juga melembutkan gentian, jadi tidak perlu pelembut kain.

 

Bagaimana cara membasuh tuala dengan cuka tanpa menggunakan mesin basuh?

Anda juga boleh mencuci tuala anda dengan cuka! Cukup dengan merendam tuala anda dengan air panas dan tambah satu cawan cuka putih suling. Biarkan tuala anda meresap dalam anggaran 1-2 jam kemudian bilas dengan air biasa perah keringkan dan sidai.

 

Terdapat pelbagai cara tips dalam penjagaan tuala mandi. Di lain channel kita akan bincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penjagaan tuala yang lebih berkesan.

Selamat Mencuba!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shopping Cart

Everything

COMBO DEALS

Online Only